Ahad, Mei 09, 2010

10 PRINSIP PENAMBAHBAIKAN KEMAJUAN SEKOLAH

MESEJ SJQ 6 Januari 2010 Jabatan Pelajaran Kedah

10 PRINSIP PENAMBAHBAIKAN KEMAJUAN SEKOLAH

Prinsip 1:

• Mempercayai bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan mencapai kemajuan
• Tidak ada seorang pelajar pun yang tidak boleh diajar atau tidak boleh belajar.
• Usaha membangunkan sekolah perlu mengambil kira langkah memajukan setiap orang pelajar.
• Setiap orang pelajar berbeza fizikal, mental, emosi, kemahiran dan latar belakang budaya.
• Persepsi bahawa pelajar malas, bodoh dan seumpamanya bertentangan dengan nilai pendidikan
sejagat.
• Peluang yang sama harus diberikan kepada golongan pelajar yang kurang bernasib baik.
• Kehadiran pelajar ke sekolah menandakan mereka ingin belajar.
• Salah satu matlamat kemajuan dalam sekolah adalah untuk meningkatkan kehadiran pelajar
(dengan menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh faktor sekolah).
• Wujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang dapat menarik pelajar untuk belajar.
• Faktor kehadiran pelajar berkait rapat dengan tahap pencapaian akademik.
• Amalan yang tidak produktif : Pujian/penghargaan hanya diberi kepada pelajar yang pandai dan
kurang memberi bimbingan kepada pelajar yang lemah.

Prinsip 2:

• Mempercayai bahawa sekolah adalah kunci utama kejayaan pelajar
• Faktor dalaman sekolah wajar diberi perhatian terlebih dahulu berbanding faktor luaran.
• Faktor sekolah amat kuat mempengaruhi taraf kemajuan sesebuah sekolah.
• Keadaan sekolah dapat menyuburkan pembangunan intelek dan sosial serta memberi kesejahteraan
mental dan fizikal pelajar.
• Peluang harus diberikan kepada setiap pelajar untuk memajukan dan memperkembangkan intelek
serta bakat mereka.
• Iklim dan budaya sekolah yang tidak menggalakkan perkembangan individu para pelajar akan
menghasilkan pelajar yang gagal dalam peperiksaan, melakukan vandalisme serta menimbulkan
pelbagai masalah ekonomi dan sosial dalam masyarakat.

Prinsip 3:

• Mempercayai bahawa kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif dan dasar
sekolah.
• Falsafah diperlukan untuk memandu perkembangan aktiviti, mempengaruhi segala tindakan dan
corak perhubungan serta orientasi sekolah.
• Falsafah akan mengingatkan dan memandu pihak sekolah bahawa yang diajar/dididik adalah manusia
yang berbeza, yang perlu dihormati.
• Sekolah juga perlu mempunyai wawasan dan pandangan jauh ke hadapan yang diterjemahkan dalam
bentuk matlamat sekolah.
• Matlamat hendaklah tidak bercanggah dengan falsafah sekolah.
• Sekolah tanpa matlamat ibarat kapal belayar tanpa kompas.
• Sekolah perlu merangka matlamat jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek dan ia
menjadi ukuran sama ada berjaya atau tidak usaha pembangunan kemajuan sekolah yang
dilaksanakan. • Dasar sekolah merupakan satu aspek penting dalam pengurusan sekolah.
• Dasar sekolah boleh dianggap sebagai panduan untuk mengawal segala tindakan pihak sekolah.
• Dasar perlu digubal berdasarkan dokumen rasmi mengikut pertimbangan profesional.
• Falsafah, matlamat, objektif dan dasar sekolah perlu dinyatakan secara bertulis dan digubal
bersama-sama serta disebarkan untuk dihayati oleh semua warga sekolah.
• Sekolah yang tidak menekankan keempat-empat perkara pokok ini, biasanya:  tiada sebarang
usaha pembangunan kemajuan sekolah  proses pengajaran dan pentadbiran sekolah hanyalah rutin
mengekalkan amalan dan mengukuhkan tradisi sedia ada  kurang mendapat kepercayaan dan
keyakinan masyarakat  tidak dapat menghasilkan prestasi akademik yang baik  menghadapi
pelbagai masalah disiplin

Prinsip 4:


Pembangunan kemajuan dalam sekolah merupakan usaha mewujudkan satu budaya sekolah yang lebih
positif .
• Budaya sekolah merupakan antara elemen penting yang menentukan kemajuan dan produktiviti
sesebuah sekolah serta mempengaruhi pencapaian sekolah.
• Faktor-faktor yang merangkumi budaya sekolah adalah seperti interaksi antara pelajar dan guru,
tradisi yang diamalkan, proses pengajaran di bilik darjah (pengurusan bilik darjah) dan cara-
cara pengetua / Guru Besar mengurus sekolah.
• Faktor-faktor ini terbukti amat kuat mempengaruhi kemajuan sesebuah sekolah.
• Beberapa keadaan yang mungkin wujud di sekolah:  sekolah diurus tanpa mempunyai matlamat yang
hendak dicapai  sekolah diurus oleh pemimpin autokratik (beri arahan semata-mata tanpa
bimbingan dan tidak terima pendapat orang lain)  sekolah diurus secara laissez-faire (serah
bulat-bulat hal-hal pelajaran kepada guru)  terlalu keras mengenakan tindakan disiplin
(mengambil masa p&p untuk selesaikan masalah remeh-temeh)  sesi mesyuarat terlalu panjang
(mengambil masa guru di bilik darjah)  bilik darjah tidak diurus dengan sewajarnya  guru
lewat masuk ke bilik darjah  persediaan p&p tidak dibuat  kaedah p&p hanya beri kefahaman
kepada pelajar cerdas atau yang disukai (pelajar kurang cerdas dan tidak disukai terbiar tanpa diberi pemulihan)  guru abai pelajar slow learner serta salahkan perkara berkaitan latar belakang pelajar  guru kurang beri perhatian kepada kebolehan mental dan kemahiran belajar
(pelajar lemah akan terus ketinggalan)  guru memberi lebih peluang hanya kepada murid
berbakat sahaja dalam aktiviti kokurikulum (pelajar yang tidak berbakat tersisih, pasif,
kecewa dan putus harapan sehingga mewujudkan percanggahan nilai)
• Budaya sekolah wujud daripada sistem sekolah melalui amalan pengurusan, pengajaran dan
interaksi antara satu sama lain (bukan dicorakkan oleh budaya pelajar yang berlainan latar
belakang dan kebolehan).
• Pembangunan kemajuan dalam sekolah sebenarnya lebih bercorak pembaikan atau pembetulan amalan
yang tidak merangsang proses pembelajaran secara produktif.

Prinsip 5:

• Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah.
• Bilik darjah merupakan unit terpenting di sekolah, tempat berlakunya:  proses p&p  interaksi
guru – pelajar  masalah disiplin melibatkan pelajar.
• Pengurusan bilik darjah mempunyai kaitan yang kekal dengan pencapaian akademik pelajar
• Pembelajaran berkesan bergantung kepada guru yang mengajar:  cara guru mengelola dan mengurus
bilik darjah  kaedah pengajaran digunakan  persediaan mengajar  strategi yang digunakan
untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam bilik darjah  aktiviti pembelajaran yang
dijalankan.
• Pengajaran bukan sekadar menyampaikan isi kandungan pelajaran. Hasil pengajaran ialah
PEMBELAJARAN. Jika pembelajaran tidak berlaku, maka tidak berlaku pengajaran.
• Hubungan guru dengan pelajar dan perilaku guru turut mempengaruhi pembelajaran di bilik
darjah.
• Pengukuhan aspek negatif yang berlebihan berbanding aspek positif dalam membetulkan kelakuan
pelajar boleh memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar.
• 4 faktor utama untuk p&p berkesan:  memastikan pelajar jelas tentang apa yang diajar 
menggunakan pelbagai kaedah/strategi pengajaran  sering memberi dan menerima maklum balas
yang jelas  memantau perkembangan dan pencapaian setiap pelajar
• Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu usaha yang banyak dijalankan oleh sekolah
yang berjaya.

Prinsip 6:

• Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang
menyebabkan timbulnya masalah itu dan bukan kepada gejala-gejalanya
• Kadang-kala sesuatu program yang dilaksanakan gagal mencapai matlamat yang diharapkan, bahkan
menambahkan lagi masalah yang ada.
• Kelemahan pelajar dalam pelajaran misalnya, bukanlah disebabkan kurangnya program pembelajaran
tetapi mungkin disebabkan faktor-faktor lain seperti:  kaedah pengajaran guru  kurang
bimbingan daripada guru  merasa tawar hati disebabkan guru melabel mereka sebagai kumpulan
pelajar yang lemah dan bermasalah  tekanan psikologi disebabkan fokus pengajaran guru hanya
kepada pelajar pintar dan cerdas
• Tindakan disiplin tidak akan berkesan jika ia dilaksanakan semata-mata untuk menghukum tanpa
mengambil kira sebab seseorang pelajar itu melakukannya, malah boleh menimbulkan masalah lain
pula seperti ponteng sekolah dan vandalisme.
• Pelajar inginkan kejayaan untuk perkembangan akademik dan sosial mereka. Jika budaya dan
amalan yang terdapat di sekolah tidak memberi peluang kepada mereka untuk menikmati kejayaan
dan
mengiktiraf harga diri, maka masalah sedemikian akan berterusan.
• Jika punca wujudnya masalah adalah di sekolah, maka matlamat bagi program kemajuan haruslah
tertumpu kepada pembaikan masalah di sekolah.
• Punca masalah seharusnya dikenalpasti secara objektif, bukan berdasarkan andaian yang
difikirkan.
• Faktor sekolah, yakni budayanya (amalan sekolah yang produktif dan tidak
produktif) ialah punca kegagalan atau kejayaan sesebuah sekolah.

Prinsip 7:

• Pembangunan kemajuan sekolah perlu dilakukan atas dasar usaha sama dan
bukanlah semata-mata usaha pengetua seorang sahaja
• Matlamat sekolah ialah matlamat bersama setiap ahli organisasi sekolah: barisan kepimpinan,
guru, staf dan pelajar.
• Perancangan dan pelaksanaan pembangunan kemajuan dalam sekolah seharusnya menjadi aktiviti
bersama.
• Perancangan program kemajuan secara tidak terancang serta tidak mengambil kira penglibatan
bersama setiap ahli akan menimbulkan kepincangan dalam pelaksanaan program.
• Semangat bersama, kepunyaan bersama dan idea bersama adalah faktor utama dalam pelaksanaan
pembangunan kemajuan dalam sesebuah sekolah.
• Berdasarkan kajian, penglibatan bersama para pelajar dalam proses membuat sesuatu keputusan
yang berkaitan dengan diri mereka, telah terbukti mempunyai hubungan yang rapat dengan rasa
puas
hati mereka terhadap pekerjaan yang seterusnya memberikan hasilan output yang memuaskan.
• Setiap individu yang terlibat dalam membuat sesuatu keputusan mempunyai potensi kemahiran dan
pengetahuan yang seandainya digembelengkan akan mewujudkan satu kesatuan yang kukuh.
• Komunikasi dua hala dan rasa percaya mempercayai adalah juga unsur-unsur penting dalam
penglibatan bersama ini.

Prinsip 8:

• Maklumbalas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
pembangunan kemajuan dalam sekolah
• Pelaksanaan pembangunan kemajuan dalam sekolah perlu dinilai secara berterusan dari semasa ke
semasa.
• Maklumat yang diperolehi penting untuk menentukan sama ada usaha yang dijalankan mencapai
matlamat atau tidak.
• Pelbagai kaedah pengukuran boleh digunakan:  pemerhatian dan pengawasan  pengumpulan data
daripada rekod (seperti rekod kedatangan)  analisis peperiksaan bulanan, penggal dan tahun 
kes disiplin  surat aduan atau pujian  pandangan/pendapat daripada ibu bapa atau masyarakat
sekitar , soal selidik dan temu bual dengan pelajar atau guru
• Organisasi sekolah perlu mengamalkan action research yang merupakan mekanisme yang amat
berguna bagi pihak sekolah untuk memajukan sekolah.
• Maklumat berterusan melalui kajian bagi mendapatkan maklum balas merupakan entropi negatif
yang menyebabkan sesebuah organisasi boleh berfungsi dengan lebih berkesan. Prinsip 9:
Mempercayai dan mengakui bahawa ibu bapa dan masyarakat sekitar mempunyai pelbagai kemahiran
dan sumber tenaga yang dapat membantu pihak sekolah
• Sekolah mengamalkan dasar terbuka - beri peluang kepada ibu bapa dan masyarakat sertai pihak
sekolah.
• Ibu bapa dan masyarakat menjadi sumber tenaga yang diperlukan kepada pihak sekolah.
• Persefahaman dan kerjasama yang wujud menjadi benteng bagi mengelakkan timbul masalah sekolah
berpunca daripada faktor masyarakat.
• Harus diakui bahawa sekolah tidak akan dapat selesaikan masalah yang timbul daripada faktor
luar sekolah secara bersendirian.
• Konsep sekolah sebagai institusi masyarakat - sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat
dan harus berfungsi untuk kepentingan masyarakat.
• Masyarakat tidak boleh lepas tangan dan serahkan bulat-bulat hal-hal berkaitan persekolahan
kepada pihak sekolah semata-mata.
• Sumber tenaga, material dan buah fikiran daripada masyarakat dan alam sekitar perlu digunakan
sepenuhnya untuk pembangunan kemajuan sekolah. Prinsip 10: Kemajuan sesebuah sekolah
memerlukan
Pengetua/Guru Besar yang mempunyai kepimpinan yang berkesan
• Prinsip terpenting---menegaskan bahawa maju atau mundur sesebuah sekolah adalah tanggungjawab
Pengetua / Guru Besar sendiri.
• Pengetua / Guru Besar ialah faktor yang menentukan keberkesanan sesebuah sekolah.
• Enam ciri kepimpinan Pengetua / Guru Besar berkesan (Sweeney, 1982):

1.Memberi penekanan kepada pencapaian akademik (aktiviti-aktiviti, pengajaran dan bahan
mengajar)
2.Menetapkan strategi pengajaran dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan tentang hal-hal
pengajaran.
3.Mewujudkan iklim sekolah yang teratur, aman dan menyeronokkan untuk p&p.
4.Sentiasa menilai kemajuan para pelajar, menetapkan harapan dan jangkaan sekolah serta
sentiasa menyemak sama ada jangkaan itu tercapai atau tidak
5.Mengkoordinasi program pengajaran serta menghubungkan kandungan pelajaran yang hendak diajar
dengan objektif yang hendak dicapai dan bahan-bahan pengajaran.
6.Menunjukkan kelakuan yang positif dengan memberi bantuan dan sokongan kepada guru-guru.
Menjelaskan matlamat sekolah dan menggalakkan guru-guru menghadiri bengkel (atau mengadakan
sendiri perbengkelan dan aktiviti perkembangan staf).
• Fokus memperbaiki kemajuan sekolah hendaklah berfokuskan p&p di bilik darjah serta perhubungan
guru dengan pelajar. Secara umumnya, usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan:
• pencapaian matlamat sekolah
• penyelesaian punca-punca masalah
• membentuk dan mewujudkan budaya baru yang lebih produktif
• menggerakkan segala tenaga (dalam dan luar sekolah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan