Khamis, Mei 06, 2010

Latar Belakang Sektor Jaminan Kualiti JPN Kedah

SEKTOR JAMINAN KUALITI Latar Belakang Sektor Jaminan Kualiti Sektor ini diwujudkan mulai Jun 2007 di jabatan ini. Selepas penstrukturan semula Ogos 2008, ia dipimpin oleh seorang Ketua Sektor dengan dibantu oleh enam orang pegawai dan dibantu oleh tiga orang anggota kakitangan sokongan. Perjawatan SJK adalah seperti berikut: Bil. Jawatan dan Gred Jumlah 1. KS / DG 52 1 2. KPP/ DG 48 1 3. KU / DG44 1 4. PP / DG 41 2 5. PK / DGA34 2 6. PT / N17 2 7. N1 1 Jumlah 10 Sektor ini adalah sebagai pelengkap kepada kursus kepimpinan dan pengurusan yang diterima oleh pihak pengurus dan pentadbir sekolah daripada Institut Aminuddin Baki dan badan penyelesaian masalah kualiti (tindak ikut) dari tindakan penaziran oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Sektor Jaminan Kualiti juga berperanan sebagai pengurus dan pelaksana sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia. Disamping itu, sektor ini juga menjadi sumber dokumentasi bagi semua jenis dokumen yang dikeluarkan sama ada di peringkat agensi pusat mahupun daripada KPM sendiri. OBJEKTIF SEKTOR JAMINAN KUALITI 2.1 Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar rujuk kepada Pengetua dan Guru Besar. 2.2 Memberi bimbingan secara berterusan kepada Pengetua dan Guru Besar untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah. 2.3 Memastikan Pengetua dan Guru Besar menerima latihan (coaching) secara hands-on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran. 2.4 Membangunkan sekumpulan Pengetua dan Guru Besar yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada kepimpinan sekolah yang lain – coaching partnership. 2.5 Membudayakan kajian tindakan dalam pengurusan pendidikan untuk melahirkan pelbagai kaedah kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkualiti. 2.6 Mengindoktrinkan pemikiran Pengetua dan Guru Besar bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional. 2.7 Membudayakan prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pelajaran Kedah, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. 2.8 Mengupayakan pengurusan dan pelaksanaan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia. 2.9 Mengurus dan menyelaras pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di JPN Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah 2.10 Mengurus dan menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat JPN Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah. 2.11 Mengupayakan pelaksanaan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam JPN Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan berkesan. 2.12 Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Pengurusan JPN Kedah Dengan Pejabat Pelajaran Daerah Sektor Jaminan Kualiti dijuruskan kepada 2 bidang tugas utama: A. Jaminan Kualiti B. Kepiawaian dan Dokumentasi A. JAMINAN KUALITI 1. Bidang Tugas Jaminan Kualiti a. Leadership Coaching & Mentoring (LCM) b. Program Kompetensi Kepengetuaan / Pelan Pembangunan Strategik c. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) d. Mengurus Anugerah Sekolah Cemerlang e. Penyelaras maklumat Anugerah Sekolah Kluster f. Penyelaras maklumat Anugerah Sekolah Bestari Cemerlang 2. Tanggungjawab Jaminan Kualiti a. Bertindak sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar. b. Mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hands-on kepada pengurus dan pendidik di sekolah. c. Membantu pengurus sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran. d. Melatih pemikiran pengurus sekolah ke arah lebih berfikiran positif dan dinamik. e. Membantu dalam memperkasakan sekolah. f. Bertindak sebagai pemangkin dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan. 3. Peranan Jaminan Kualiti a. Memberi bimbingan dan panduan hala tuju kepada kumpulan sasaran iaitu kepimpinan sekolah melalui pendekatan quality check point dan analisis keperluan. b. Melaksanakan analisis keperluan sebagai pengukur kepada penerimaan dan penghasilan kepimpinan sekolah yang berkualiti. 4. Fungsi Jaminan Kualiti 1. Pentaksiran dan Penilaian 2. Penyeliaan Mental Pendidikan 3. Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance) 4. Mengamalkan Penyelidikan Melaksanakan mekanisma untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid, iaitu program akademik dan program pembangunan kemanusiaan. Melaksanakan penilaian untuk keberkesanan program professional keguruan (Program Perkembangan Staf). Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan. Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti pengetua dan guru besar kepada standard yang ditetapkan. Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran. Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan insan murid. Menggerakkan perubahan pemikiran (anjakan minda) supaya berfikiran terbuka (Thinking outside the box), proaktif, kritis dan kreatif. Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sIstem pengurusan sekolah secara profesional. Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruksional. Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.. Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menjalankan aktiviti penyelidikan khususnya kajian tindakan dalam melaksanakan dasar dan keputusan. Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan berteraskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh. 5. Tugas Jaminan Kualiti a. Merancang dan melaksanakan program bimbingan (leadership mentoring & coaching) kepada pengurus sekolah untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara professional. b. Merancang dan melaksanakan program pengkongsian ilmu dan pengalaman sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah. c. Merancang dan melaksana pelbagai program pentaksiran dan penilaian untuk peningkatan kualiti pengurusan sekolah secara berterusan. d. Melaksanakan program untuk memangkinkan kemajuan pemikiran kumpulan pentadbir dan pemimpin di sekolah seiring dengan keperluan dasar kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia. e. Merancang dan mengamalkan budaya penyelidikan dalam pengurusan sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kualiti sistem pendidikan di sekolah. f. Memantau kemajuan sekolah yang berisiko tinggi dan menggerak kumpulan pengurusan / pentadbiran sekolah yang dikenal pasti ke arah kecemerlangan institusi. B.KEPIAWAIAN DAN DOKUMENTASI 1. Bidang Tugas Kepiawaian dan Dokumentasi a. Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO di JPN dan PPD b. Audit Dalam MS ISO b. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) c. Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) d. Hari Kualiti e. Dokumentasi f. Pelan Intergriti Nasional (PIN) g. Inovasi h. Urus Setia tetap Mesyuarat Pengurusan Tertinggi / Mesyuarat Pengurusan JPN Dengan PPD 2. Fungsi Kepiawaian dan Dokumentasi i. Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan lain-lain pekeliling perkhidmatan yang berkaitan. ii. Merancang, menyelaras, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia. iii. Menyelaras pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi. iv. Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat organisasi (JPN/PPD) v. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi. vi. Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan jabatan dan semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat kementerian yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan. 3. Tanggungjawab Kepiawaian dan Dokumentasi Kepiawaian & Pengurusan Kualiti Dokumentasi & Audit Dalam Pengurusan Keurusetiaan Pengurusan & Inovasi 1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kepiawaian SPK organisasi. 2. Menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan kualiti organisasi. 3. Menyediakan pelan tindakan strategik organisasi. 4. Melaporkan status pelaksanaan SPK untuk penambahbaikan. 5. Membuat penilaian pelaksanaan SPK. 1. Menyediakan prosedur / buku panduan sistem pengurusan kualiti. 2. Mengumpul dan menyenggara laporan dan dokumen kualiti sokongan. 3. Menerbitkan laporan aktiviti organisasi tahunan. 4. Menyenggara dan menyimpan semua dokumen kualiti organisasi. 5. Menyelaras semua program & aktiviti Audit Dalam SPK. 1. Mengurus dan menyelaras mesyuarat pengurusan di peringkat jabatan. 2. Mengurus, menyelaras dan menyemak semua urusan maklum balas mesyuarat pengurusan di peringkat jabatan dan kementerian. 3. Menjadi urus setia (tuan rumah) mesyuarat pengurusan jabatan. 4. Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi organisasi. 4. Peranan Kepiawaian dan Dokumentasi a. Memastikan pelaksanaan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam. b. Memastikan pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi. c. Melaksanakan tugas-tugas sebagai urus setia mesyuarat pengurusan jabatan dan semua urusan mendapatkan maklumbalas minit mesyuarat penguruan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan