Khamis, Mei 06, 2010

Hubungan Individu dengan Organisasi

Situasi ini akhirnya mewujudkan semangat bekerja yang rendah di kalangan staf ditambah pula suasana kerja yang pasif dan tahap motivasi yang juga rendah. Keadaan ini seterusnya timbul budaya kerja yang jadi faktor penghalang kepada penyuburan, kemajuan dan perkembangan organisasi. Hubungan Individu dengan Organisasi Setiap individu adalah anggota organisasi. Tingkah-laku individu merupakan tingkah-laku organisasi. Jika setiap individu di dalam sesuatu kumpulan bekerja dengan baik maka prestasi kumpulan itu menjadi baik. Jika setiap kumpulan dalam bahagian/unit dapat bekerja dengan baik, seluruh prestasi bahagian/unit itu juga akan jadi baik. Begitulah seterusnya jika setiap bahagian/unit dalam sesuatu organisasi bekerja dengan baik, nescaya organisasi akan mencapai kecemerlangan, menjadi lebih kompetetif dan makmur. Para pengurus mestilah dapat menentukan arahtuju dan dengan itu dapat menukar dan membentuk tingkahlaku staf ke arah yang lebih berkualiti dan cemerlang. Dalam situasi di mana tiadanya objektif dan arahtju serta tiada pula pelan tindakan organisasi itu menuju kehancuran. Bagi yang ada objektif tetapi tiada pelan bertindak ia seolah-olah bermimpi di siang hari. Begitu juga halnya jika organisasi mempunyai pelan bertindak yang baik tetapi kurang pula aspek objektif dan arahtuju yang jelas, organisiasi sedemikian dikatakan berjalan dalam tidur. Mod Tingkah-laku : Pengurus personel perlu sediakan role-model dalam interaksi harian dengan manusia, respon kepada peristiwa dan membuat keputusan. Nilai dan norma haruslah serasi dengan perkembangan polisi dan prosedur yang diperkenalkan. Mengubah tingkah-laku selalunya sukar dan menyulitkan Perubahan tingkah-laku hanya boleh berlaku apabila manusia mempunyai pengetahuan dan kebolehan menterjemah nilai-nilai dan norma-norma baru di samping boleh menerimanya. Jika pekerja tidak mempercayai kepentingan nilai-nilai dan norma-nroma tersebut, mereka tidak akan mengamalnya. Oleh itu mengubah tingkah-laku individu, kumpulan dan organisasi lazimnya memakan masa, dari tahap ke tahap serta secara beransur-ansur. Menurut Sergiovanni (1984) Guru Besar mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketrampilan (competent leader). Beliau senaraikan lima kelompok peranan tersebut sebagai berikut: 1. Pemimpin Teknikal: - Tumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi strategi dan keadaan bagi jamin keberkesanan yang maksimum. 2. Pemimpin Manusia: - mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, perhubungan individu dan manusia menggerakkan (motivate) stafnya, membina dan mengekalkan moral yang tinggi, galakkan inovasi dan kreativiti di samping beri sokongan yang perlu. 3. Pemimin Pendidikan: - main peranan sebagai 'clinical practitioner' iaitu sumbangkan kepakaran dalam pendidikan dan persekolahan. Mahir dalam aspek kurikulum, diagnosis keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan. 4. Pemimpin Simbolik: - mainkan peranan sebagai penghulu (chief) yang memberi isyarat tentang nilai, kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai. Perlu punyai wawasan yang disampaikan kepada staf dan pelajar di sekolahnya. 5. Pemimpin Budaya: - main peranan sebagai 'high priest' - dilihat dari usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sebuah sekolah yang unik. Kepemimpinan ini selalunya memperlihatkan usaha bagi mengekal imej dan prestij sekolah. Hussein Mahmood (1993) menyenaraikan peranan-peranan berikut sebagai menyumbang kepada kejayaan, kecemerlangan dan kualiti sekolah. 1. mempunyai wawasan tentang sekolahnya; 2. menetapkan falsafah, misi (mission) dan matlamat serta objektif sekolahnya; 3. menjelaskan wawasannya kepada semua staf dan pelajar termasuk ibu bapa dan masyarakat sekitar; 4. menetapkan objektif dan strategi pengajaran dan kurikulum; 5. menyelia, mengesan dan menilai kurikulum dan program pengajaran; 6. menyelaras program pengajaran dan aktiviti kurikulum sekolah; 7. mengawasi waktu pembelajaran murid; 8. menggalak dan memberikan sokongan perkembangan profesional kepada guru; 9. membantu dan memberi sokongan kepada guru dalam pengajaran serta menyediakan intensif dan sumber; 10.mengawal mutu pengajaran di sekolah; dan 11.mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi meningkatkan proses pembelajaran Membina Hubungan Interpersonal/ Organisasional Mewujudkan hubungan interpersonal dalam sesebuah organisasi amat penting dilakukan secara profesional bagi menentukan kejayaan objektif yang telah ditentukan. Satu situasi hubungan yang dinamakan Menang/Menang (Win/Win) harus dapat diwujudkan dan ini sekaligus melibatkan prinsip-prinsip kepemimpinan interpersonal. Kepemimpinan interpersonal yang berkesan perlukan: 1. Visi 2. Inisiatif proaktif 3. Bimbingan 4. Kebijaksanaan dan Hikmah 5. Kuasa Situasi menang/menang mempunyai lima dimensi yang penting; 1. Watak 2. Hubungan 3. Persetujuan 4. Sistem sokongan 5. Proses 1. Watak : Asas kepada menang/menang dan terdiri daripada tiga ciri penting iaitu: a. INTEGRITI - nilai kepada diri sendiri - bina sedar-diri dan kebebasan memilih dan bertindak dengan menunaikan janji dan komitmen. b. KEMATANGAN - ditakrifkan sebagai imbangan antara keberanian dengan pertimbangan. - tinggi keberanian dan pertimbangan adalah perlu untuk capai situasi menang/menang. c. ABUNDANCE MENTALITY - satu paradigma bahawa terdapat banyak ruang dan peluang bagi semua orang. - hasilnya berkongsi prtestasi, pengiktirafan, keuntungan, membuat keputusan dan sebagainya. 2. Hubungan : Terbina selepas asas kepada watak dan kepercayaan. walaupun kita melihat sesutau berbeza tetapi oleh kerana kita mempercayai satu sama lain, kita sedia mendengar dan komited bagi memahami pandangan masing-masing dan kerana itu sedia untuk bekerjasama. 3. Persetujuan : Terdapat lima unsur bagi wujudkan persetujuan menang/menang. (a) Hasil yang dikehendaki (bukan kaedah) iaitu kenalpasti apa perlu dilakukan dan bila. (b) Bimbingan; perincikan batasan-batasan )(prinsip dan polisi) di mana hasil perlu disempurnakan. (c) Sumber; kenalpasti bantuan dari segi kemanusiaan, kewangan, teknikal atau organisasional bagi membantu mencapai hasil. (d) Akauntabiliti; tetapkan standard prestasi dan waktu penilaian akan dibuat. (e) Kesan-Akibat; perincikan antara baik dan buruk; natural atau logikal; apa akan berlaku sebagai kesan daripada penilaian tersebut. 4. Sistem Sokongan: - Bagi mencapai matlamat dan nilai, kita perlu selaraskan sistem ganjaran dengan matlamat dan nilai-nilai tersebut. - Libatkan staf di peringkat akar umbi untk membina dan memupuk jenis-jenis sistem yang boleh memotivasi mereka. - Untuk kejayaan menang/menang, sistem-sistem yang perlu ada: - sistem latihan - sistem perancangan - sistem komunikasi - sistem belanjawan - sistem informasi - sistem ganjaran - Lazimnya sering berlaku masalah di dalam sistem, bukan orangnya. Jika kita letak orang yang baik di dalam sistem yang buruk, kita akan mendapat hasil yang buruk! 5. Proses: Proses dilihat sebagai satu cara bagaimana mencapai situasi menang/menang. Unsur kepada rundingan berprinsip ialah dengan mengasingkan orang daripada masalah, tumpuan kepada kepentingan bukan kepada kedudukan, mencipta pilihan berfaedah bagi kedua-dua belah pihak di samping menekankan kepentingan objektif. Oleh itu penyelesaian menang/menang patut melibatkan proses berikut: 1. Lihat masalah daripada sudut pandangan yang lain. Benar-benar cuba memahami dan beri pendapat kepada keperluan pihak yang satu lagi. 2.Kenalpasti isu-isu kunci dan perkara-perkara yang berkenaan dan bukan kepada kedudukan. 3.Tentukan apa hasil yang diperolehi dalam sesuatu penyelesaian yang diterima sepenuhnya. 4.Kenalpasti pilihan-pilihan baru yang boleh mencapai hasil-hasil tersebut. Penutup Adalah jelas betapa pentingnya hubungan tugas dan peranan di antara individu dengan organisasi bagi menentukan kualiti dan kecemerlangan secara menyeluruh. Individu dan organisasi perlu mempunyai disiplin yang utuh bagi menempa kejayaan. "Organization and discipline can give strength to the weak and small. The role of organization and discipline is not confined to the military forces and to war, though in these areas they play a most vital role. In other fields too organization and discipline are important in ensuring success." ~ (Mahathir Mohamad - The Challenge, 1986) Oleh itu mengejar kualiti dan kecemerlangan organisasi adalah bermula dengan kualiti diri setiap individu sesebuah organisasi dan sewajarnyalah kita sebagai guru besar dan penolong kanan dapat memainkan peranan yang positif secara lebih dinamik dan dengan penuh semangat jaya diri yang unggul dan tinggi setiap waktu. Knowing others is intelligence; knowing yourself is true wisdom. Mastering others is strength; mastering yourself is true power. If you realize that you have enough, you are truly rich... - Taoism Rujukan Bremer, Sydney Newton. Ph.D (1989) 366 Self-Motivating Essays For Students & Adults. Thinker's Library Sdn. Bhd. Selangor D.E. Brinkman, Rick and Krischner, Rick (1994) Dealing With People You Can't Stand. Mc Graw-Hill, Inc. New York. Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits Of Highly Effective People. Simon & Schuster, New York. Covey, Stephen R. & Merill, A. Roger & Merill, Rebecca R. (1994) First Things First. Simon & Schuster, New York. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mahathir Mohamad (1986) The Challenge. Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor D.E. Mizuno, Shigeru (1988) Company-Wide Total Quality Control. Asian Productivity Organization, Tokyo. Novak, Philip 91994) The World's Wisdom. Harper Collins Publishers, New York. Sheh Seow Wah (1995) Chinese Management. MPH Distributors Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor D.E.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan