Khamis, Ogos 30, 2012











Jumaat, Ogos 24, 2012

Pelajari kaedah menjana duit melalui internet....sungguh mudah...saya sudah sertainya...anda bila lagi...Tak nak duit ke...??? Klik di sini untuk pelajari cara mudah jana duit cara internet: http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/janaduit2u

Ya...memang betul..dulu saya pun tak percaya juga. Jangan lepas peluang keemasan yang datang sekali sahaja ini....Klik terus dan sertailah saya: http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/janaduit2u

Khamis, Oktober 21, 2010

Info Waktu Mengajar Guru, GPK dan Guru Besar

Definisi Masa:

Masa itu merupakan harta milik manusia yang paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bagi setiap pekerjaan dan produktiviti (Yusof Ismail, 1991).
A definite moment, hour, day or year as indicated or fixed period by a clock or calendar during which something exists or continues.

Definisi Jadual Waktu:

A schedule at which particular activities (classes in a school ) are planned to occur
(Cambridge International Dictionary of English – 1995)
Suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam satu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.
JADUAL WAKTU yang digubal itu mestilah memenuhi kriteria berikut:
-Mematuhi kursus pengajian KBSR/KBSM
-Mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu
-Peruntukan waktu mengikut Pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar
-Memenuhi kehendak jadual waktu anjal
-Fleksibel bagi memenuhi keperluan & kepelbagaian potensi murid

Pertimbangan Dalam Penyediaan Jadual Waktu:

1 Faktor Undang-Undang

Dokumen yang mempunyai kuasa undang-undang terhadap semua aktiviti kurikulum sekolah [P.U.(531): Peraturan Kurikulum Kebangsaan]

2 Surat Pekeliling Ikhtisas:

- Bil. 8/1990
- Bil. 6/1991
- Bil.7/1994
- Bil. 10/1995

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/90

Sukatan Pelajaran & Peruntukan Masa untuk matapelajaran Program KBSM bagi sekolah menengah atas mulai 1992

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/94
Peruntukan Masa untuk matapelajaran Program KBSR bagi seminggu dan Jadual Pelaksanaan matapelajaran KBSR
P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 6 (1)

Mengadakan dengan serta merta untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar satu jadual waktu mengenai:

1 Semua mata pelajaran yang diajar
2 Sukatan pelajaran mata pelajaran yang diajar
P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 6 (2)

Hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 7
Seorang guru hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar:

• Salinan sukatan pelajaran yang diajar
• Senarai murid di bawah tanggungjawabnya
P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 10
Seorang Pengetua / Guru Besar suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (1)
Seorang guru hendaklah mengajar mengikut:
- suatu sukatan pelajaran yang diluluskan
- satu jadual waktu yang diluluskan
Jika tidak, dianggap melakukan satu kesalahan dan boleh didenda:
- tidak melebihi RM5,000
- penjara tidak lebih 3 bulan
- kedua-duanya sekali
P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (2)

• Seorang Pengetua, Guru Besar atau guru yang melanggar Peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan kesalahan
• Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500
Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998
Guru Besar / Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya lima waktu seminggu
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/78
Guru Besar harus mengutamakan guru terlatih untuk mengajar kelas peperiksaan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 25/98
Pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah matapelajaran wajib diajar mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981: Penggunaan Waktu Tidak Mengajar /Waktu Luang Oleh Guru-Guru

Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja
• Sedia ABM
• Semak Buku Latihan
• Rancang Pelajaran dll

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM P & P SEMINGGU AKTA PEND. 1996 P.U.(A).531 –Berkuatkuasa 1 Januari 1998

• Menengah Rendah 1640 minit
• Menengah Atas (Sains) 1640 minit
• Menengah Atas (Sastera) 1560 minit

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM P&P SEMINGGU – AKTA PEND. 1996
• Sekolah Keb. (Tahap 1) 1350 minit
• Sekolah Keb. (Tahap 2) 1440 minit
• Sekolah Jenis Keb. (Tahap 1) 1350 minit
• Sekolah Jenis Keb. (Tahap 2) 1440 minit

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
• Mengandungi
1. Rancangan Pelajaran Tahunan
2. Rancangan Pelajaran harian
• Objektif:
- Bagaimana cara untuk mencapai objektif
- Sejauh mana objektif itu tercapai

FAKTOR-FAKTOR FIZIKAL
1 Jumlah Enrolmen Murid
2 Jumlah Staf Akademik dan Opsyen & Bilangan K/tangan
3 Jumlah Bangunan, Bilik Darjah, Makmal, Bilik Khas, dll.
4 Jumlah Peralatan dll yang berbentuk fizikal (padang) dan prasarana sukan & permainan
5 Jarak antara bangunan

AGIHAN TUGAS MENGAJAR
• 5 waktu seminggu - Guru Besar / Pengetua
• 12 waktu seminggu GPK
• 18 waktu seminggu GKMP/ Guru Perpustakaan/Media, S/U Sukan, Guru Pemulihan & Penyelaras Pendidikan Khas
• Mematuhi peruntukan jumlah waktu mengajar minimum (Guru Penolong)
• Mengikut opsyen
• Seimbang dalam tugas akademik dan kokurikulum
• Mengikut kelulusan akademik
• Mengikut kebolehan & minat
• Mengikut pengalaman
• Mengikut keperluan sekolah

FAKTOR PSIKOLOGI
• Faktor yang mempengaruhi:
- minat
- sikap
- motivasi
- harapan dan jangkaan
- masa

JENIS JADUAL WAKTU
1 Jadual Waktu Besar /Induk
2 Jadual Waktu Peribadi
3 Jadual Waktu Kelas
4 Jadual Waktu Makmal
5 Jadual Waktu Ganti
5 Jadual Waktu Bilik Khas (Bilik Komputer, Bilik Masak, Bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber dll)
6 Jadual Waktu Padang
7 Jadual Waktu Kokurikulum

JADUAL WAKTU INDUK
•Menunjukkan perjalanan aktiviti kurikulum sebuah sekolah dari waktu bermula hingga akhir tiap-tiap hari persekolahan
•Mengandungi maklumat semua kelas, mata pelajaran dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut
•Dilulus dan ditandatangani oleh Pengetua/GB dan dipamerkan di pejabat

JADUAL WAKTU PERIBADI
• Mengandungi maklumat semua kelas dan mata pelajaran yang di ajar oleh seorang guru tertentu
• Di lulus dan ditandatangani oleh guru berkenaan dan Pengetua / Guru Besar
• Disalin dalam Buku Rekod Mengajar guru
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU KELAS
• Mengandungi maklumat mata pelajaran dan guru yang mengajar bagi sebuah kelas tertentu
• Dilulus dan ditandatangani oleh guru kelas dan Pengetua / Guru Besar
• Dipamer disetiap kelas pada papan kenyataan
• Disalin oleh guru kelas - Buku Rekod Mengajar
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU BILIK KHAS
• Mengandungi maklumat kelas, masa dan guru yang menggunakan bilik tersebut
• Dilulus dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar
• Dipamer pada papan kenyataan bilik khas
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU GANTI
• Tujuan – untuk mengawal murid apabila guru tidak hadir
• Mengandungi maklumat mengenai kelas, mata pelajaran, masa dan nama guru yang ganti guru yang tidak dapat hadir ke sekolah
• Di lulus dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar atau GPK
• Dipamer pada papan kenyataan di bilik guru
• Rekod disimpan oleh GPK

JADUAL WAKTU CANTUMAN
Jadual Waktu yang terdapat di sekolah-sekolah rendah bagi menampung kekurangan guru, murid dan bilik darjah

JADUAL WAKTU ANJAL
• Surat Pekeliling Ikhtisas 10 / 1995 (30/10/95) – Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi Sek Rendah & Menengah
• Kesan kepada Prestasi P&P
• Isu beg berat sekolah murid-murid
• Menghadkan 5 mata pelajaran
• Satu pusingan dalam 2 minggu

JADUAL WAKTU ANJAL-CABARAN
• Change – Painful & Controversial
• Challenge – Making the transition
• Building support for change
• Planning time needed (minimum 2 yrs. Planning before implementation)
• Need for adequate staff development before implementation Need for adequate staff development
• Equip teachers with strategies and skills to teach successfully in large blocks of time
• Training in cooperative learning
• Class building and team formation
• Planning lessons in 3 parts – explanation, application and synthesis (PPP- Present Practice & Produce)

Nota Kuliah IAB

SKPM Versi Baru

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah memulakan promosi SKPM baru. Buat masa ini pihak sekolah boleh mencuba mengisi maklumat yang ada sebagai persediaan. SKPM boleh diakses melalui www.moe.gov.my/skpm

SGM

Standard Guru Malaysia (SGM) telah dilancarkan oleh BPG. Semua warga guru amat dialu-alukan supaya mengisi SGM on-line menggunakan mozilla firefox. Penilaian kendiri SGM bukan bermaksud memberikan taraf kepada warga guru. Tetapi lebih kepada nilai untuk penambahbaikan dalam kompetensi perkhidmatan yang diberikan.

Selasa, September 21, 2010

Info Kepimpinan Berkualiti

ANALISIS LPI (LEADERSHIP PRACTICES INVENTORY)
( = The Five Practices Of Exemplary Leadership )
1. Mencabar Proses (Challenging The Process)
• Mencari cabaran-cabaran
• Sentiasa kemaskini
• Mencabar status quo
• Mencari jalan untuk membuat inovasi
• Menyoal “apa yang boleh kita pelajari”
• Mengeksperimen dan mengambil risiko
2. Menginspirasikan Visi Yang Dikongsi Bersama
(Inspiring A Shared Vision)
• Menghuraikan masa depan yang boleh kita wujudkan
• Berkongsi impian masa depan
• Mengkomunikasikan gambar positif
• Menyenaraikan satu visi bersama
• Meramal masa depan
• Amat teruja dengan masa depan
3. Mengupayakan Orang Lain Bertindak (Enabling Others
To Act)
• Melibatkan orang lain dalam perancangan
• Melayan orang lain dengan hormat
• Izinkan orang lain membuat keputusan
• Bina hubungan koperatif
• Wujudkan suasana saling percaya mempercayai
• Jadikan orang lain sebagi pemilik projek
4. Tunjukkan Teladan (Modeling The Way)
• Jelas dalam falsafah kepimpinan
• Membahagi projek-projek kepada langkah-langkah
• Mempastikan nilai-nilai dipatuhi
• Beritahu orang lain tentang kepercayaan atau nilai-nilai
• Amalkan apa yang dipegang
• Tetapkan matlamat dan tahap sasaran yang jelas
5. Merangsang Hati (Encouraging The Heart)
• Raikan pencapaian tahap sasaran
• Iktiraf sumbangan-sumbangan orang lain
• Memuji kerja yang sempurna dijalankan
• Berikan mereka penghargaan dan sokongan
• Carikan cara untuk meraikan
• Beritahu org lain tentang kerja kumpulan

PENGURUSAN KECEMERLANGAN DIRI SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH
• Imperatif Nilai (Moral Imperative) bagi menjadi seorang pemimpin sekolah)
• Perubahan sikap
• Keterampilan Diri (Professional Image Grooming)
• Kecerdasan Emosi (EQ)
• Kecerdasan Sosial (SQ)
• Kecerdasan Spiritual (SQ)/Kecerdasan Keagamaan
• Kepimpinan Peribadi Berkesan (Effective Personal Leadership)
• Etika Sosial dan Protokol
• Kemahiran Antara Perseorangan (Interpersonal Skill)
• Kemahiran Komunikasi Berkesan
• Kemahiran Membuat Keputusan Berkesan
• Kemahiran Mengurus Konflik
• Kemahiran Pemikiran Analitikal, Kreatif dan Inovatif
• Kemahiran Pengucapan Awam
• Kemahiran Mengendalikan Mesyuarat
• Kemahiran Pembentangan Kertas
• Pengurusan Tekanan
• Profisiensi Bahasa Inggeris

Berkeupayaan mengamalkan 5 Amalan Contoh Kepimpinan (5 Examplary Leadership Practices):
• Model the way (menjadi suri teladan)
• Inspire a share vision (menjana visi yang dikongsi bersama)
• Challenge the process (mencabar proses)
• Enable other to act (memberi dorongan/semangat untuk bekerja)
• Enable the heart (memenangi hati)

Pemimpin yang berkesan juga seharusnya mempunyai ciri-ciri Pemimpin Tahap 5 (Level 5 Leaders):
• Merendah hati (modest)
• Penuh dengan keazaman (willfull)
• Mempunyai cita-cita yang sangat tinggi untuk organisasi
• Cekal untuk mencapai kejayaan demi kejayaan yang lestari
• Bersedia melatih barisan kepimpinan baru
• Berkebolehan mengurus perubahan
• Merendah diri (humble)
• Looks out the window---mengkreditkan kejayaan kepada anak buah
• Looks in the mirror---bertanggungjawab atas kegagalan
• Berani (fearless)

5 TAHAP KEPIMPINAN
1. Kedudukan/Jawatan (Position)
-orang ikut kerana terpaksa
2. Keizinan (Permission)
-orang ikut kerana mereka mahu
3. Penghasilan (Production)
-orang ikut kerana hasil sumbangan kerja anda
terhadap organisasi
4. Pembangunan Ahli (People Development)
-orang ikut anda kerana apa yang anda telah
sumbangkan untuk mereka
5. Keperibadian (Personhood)
-org ikut kerana orang tahu siapa kita

PEMIMPIN 360°
• Lead Up (memimpin ke atas)
• Lead Down (memimpin ke bawah)
• Lead Across (memimpin merentasi)

KEBERKESANAN PERIBADI (10 Aspek)
• Keterampilan Diri
• Pengurusan Masa
• Interpersonal
• Komunikasi
• Suri Teladan
• Pengurusan Diri
• Kesedaran Kendiri
• Disiplin Kendiri
• Kemahiran Sosial
• Integriti

4 ARAS KEPIMPINAN SEKOLAH
• Kepimpinan Atasan
• Kepimpinan Pertengahan
• Kepimpinan Permulaan
• Kepimpinan Pelajar


MEKANISME PENGURUSAN BERKESAN (DEFFRAAC)
• D-Delegation (menurunkan t/jwb)
• E-Empowerment (menurunkan kuasa dgn kepercayaan dan keyakinan)
• F-Follow-up Action (tindakan susulan)
• F-Follow-through Action (tindakan penyempurnaan)
• R-Reflection (refleksi/imbas kembali)
• A-Action for Further Improvement (tindakan penambahbaikan)
• A-Appreciation (penghargaan)
• C-Celebration (Keraian)

MEKANISME MEMBINA PASUKAN BERKESAN DAN MEMENANGI HATI WARGA SEKOLAH (ARRAS-pendekatan memenangi hati)
• A-Accept unconditionally (menerima tanpa syarat)
• R-Respect (hormat)
• R-Recognize (mengiktiraf)
• A-Appreciate (menghargai)
• S-Support (sokongan)

Membentuk bilik darjah yang belajar (kondusif):
• Menyentuh hati pelajar
• Guru sebagai pereka suasana pembelajaran
• Semua pelajar boleh belajar, diajar dan mencapai kejayaan
• Mewujudkan keghairahan untuk belajar
• Memodelkan tingkah laku yang mendorong pembelajaran

Memastikan p&p berkesan:
• Pelajar jelas tentang apa yang diajar
• Menggunakan pelbagai kaedah/strategi pengajaran
• beri galakan dan ruang yang lebih kepada pelajar untuk aktif (berpusatkan pelajar)
• murahkan pujian/penghargaan
• tingkatkan pemberian latihan bertulis (pelbagai jenis), semak hasil kerja bertulis dengan teliti dan konstruktif serta penegasan kepada pelaksanaan pembetulan
• Memantau perkembangan dan pencapaian setiap pelajar secara berterusan
• Menguruskan bilik darjah dengan berkesan
• dapatkan maklumbalas secara berterusan terhadap kualiti p&p yang telah dilaksanakan (amalan membuat refleksi)

GAYA KEPIMPINAN PGB
• Kepimpinan Autentik
• Servant Leadership
• Kepimpinan Transformasi
• Kepimpinan Strategik
• Kepimpinan Invitational
• Kepimpinan Distributif
• Kepimpinan Instruksional

10 PRINSIP PENAMBAHBAIKAN KEMAJUAN SEKOLAH
• Prinsip 1: Mempercayai bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan mencapai kemajuan
• Prinsip 2: Mempercayai bahawa sekolah adalah kunci utama kejayaan pelajar
• Prinsip 3: Mempercayai bahawa kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif dan dasar sekolah
• Prinsip 4: Pembangunan kemajuan dalam sekolah merupakan usaha mewujudkan satu budaya sekolah yang lebih positif
• Prinsip 5: Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah
• Prinsip 6: Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah itu dan bukan kepada gejala-gejalanya
• Prinsip 7: Pembangunan kemajuan sekolah perlu dilakukan atas dasar usaha sama dan bukanlah semata-mata usaha pengetua seorang sahaja
• Prinsip 8: Maklumbalas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan pembangunan kemajuan dalam sekolah
• Prinsip 9: Mempercayai dan mengakui bahawa ibu bapa dan masyarakat sekitar mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga yang dapat membantu pihak sekolah
• Prinsip 10: Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai kepimpinan yang berkesan